
Cian kat Alya tau. Hari sabtu lepas (3hb Mei) pegi amik injection utk Yaya. Lepas inject tu terus naik fever. Esoknye bukan setakat fever, selsema and batuk sume ade. Kesian sangat. Yaya batuk kuat bunyi cam orang tua. Nak tido pun takleh hidung die tersumbat, bleh bernafas ikut mulut je. Sepanjang malam die nangis sedih, maybe sebab tak selesa or maybe die sakit kepala sebab demam selsema tu. Kesian betul bila baby sakit kan? Sebab die takleh nak bgtau ape yang sakit, so nangis je la.

Mama plak hari Isnin dah start training masuk Tier 2. Oh lupa nak update, Alhamdulillah dapat masuk department Papa. Setelah bersusah payah pegi assesment and interview yg tersangatlah susah akhirnya diterima masuk.
So sebab baru first day start keje tak boleh nak ambik emergency leave, dengan berat hati terpaksa pegi keje dan hantar Yaya pegi nursery jugak. Dah dekat lagi sejam nak balik, Cikgu Yaya sms cakap batuk Yaya makin kuat, so Mama & Papa mintak balik awal jugak.
Sampai je terus amik Yaya bawak gi klinik Naluri. Ramai betul orang, lame tunggu dekat sejam lebih baru dapat jumpe Dr. Khairul. Dr. Khairul cek siap buat test H1N1 tau. Maklumlah baby ni kan high risk penyakit ni. Tambah Yaya demam + selsema + batuk sume. Alhamdulillah negatif result die just paru2 Dr. takut ade infection, so Dr. bagi gas and campur ubat untuk cairkan kahak dan lapangkan paru2 bagi Alya senang bernafas.
Alya good girl sangat, sepanjang bagi gas tu die duduk diam je, tak nangis atau jerit langsung, sabar je tunggu. Mama so proud of you! Abis RM200 jugakla sebab amik gas tu. terbang duit tapi demi anak Mama takpelah, Papa & Mama tak makan takpe, janji Alya sihat! Tak sempat nak amik gambar sebab Mama tengah pegang Alya mase tu.

Tapi ni ada sikit gambar masa tengah tunggu giliran jumpe Dr. Ong plak on the next day. Sebab batuk + selsema tak baik2 gak lagi, gi jumpe Dr.Ong for second opinion kat klinik dekat ngan Ampang Point. Tengok la muke die kesian je monyok takde mood sebab tak sihat. huhuhu

Tp now Alya dah sihat dah. Dah start ceria balik, just hidung ada bunyi lagik dan batuk sekali sekala. Dr. Ong cakap batuk maybe amik masa seminggu jugak nak baik. Takpelah janji Alya dah tak demam kan?